MAKLUMAT UMUM
Lokasi |
:
Tingkat 1, Wisma UNIKEB, UKM, 43600 Bangi, Selangor |
| Telefon |
:
03-89252540/89252617 (talian umum)
: 03-89214037 (Bekalan & Perolehan)
: 03-89214033 (Jualan Runcit) |
| Faks |
:
03-89257177 |
| Email |
:
marketing@unikeb.ukm.my |
MAKLUMAT KAKITANGAN
Terdiri daripada 1 orang Pengurus 2 orang Eksekutif,
2 orang Kerani.
| Pengurus |
: Norliza Talib (012-6147669) (norliza@unikeb.ukm.my) |
| Eksekutif |
: Zaidi Adam (019-6648045) (zaidi@unikeb.ukm.my) |
Eksekutif |
: Norazizah Romley (013-3731249) (norazizah@unikeb.ukm.my) |
| Kerani |
| Kerani |
: Hasmi Abd Rasyid |
AKTIVITI TERKINI
Sebagai koperasi yang ingin membantu anggota
dan warga UKM, kami menawarkan pesanan buku teks pelajar dengan
harga yang menarik. Kepada kakitangan akademik yang berminat
boleh membuat pesanan kepada pihak kami melalui borang pesanan
khas di sini atau sila
layari borang online untuk mendapatkannya.
Pesanan hendaklah dibuat dalam masa
1 minggu untuk buku tempatan dan 4 minggu
untuk buku luar negara. Untuk keterangan
dan maklumat selanjutnya sila berhubung terus dengan Penyelia
Unit Pemasaran.
BERITA
BAIK !!
TEMPAHAN BUKU & BAHAN BACAAN
(TEMPATAN & LUAR NEGARA)
DENGAN DISKAUN 10% |
Kepada warga UKM khususnya Pensyarah, Pustakawan, tenaga Pengajar serta
Pelajar, sila dapatkan BUKU & BAHAN BACAAN anda melalui
UNIT MEDIA DAN JURNAL, KOPERASI UNIKEB BERHAD dengan tawaran istimewa ini.
Pesanan buku terbitan
tempatan mengambil masa 1 minggu manakala
buku terbitan luar negara mengambil masa 4 minggu dari tarikh pesanan
 
KAMI JUGA MENERIMA
TEMPAHAN BUKU TEKS
Sila dapatkan
borang pesanan anda di
sini atau lawati laman Borang
Online untuk lihat dan muat turun borang tersebut
|
Untuk keterangan
lanjut, sila hubungi kami di talian 03-8921 4037 / 4033
Pengurus :
Pn.
Norliza Talib (012-614 7669)
ATAU
Eksekutif Pemasaran :
En. Zaidi Adam(019-6648045)
Pn. Norazizah Romley (013-3731249)
|
AKTIVITI PERNIAGAAN
Pengalaman unit ini melalui
aktiviti Koperasi UNIKEB Berhad adalah agak
berbeza
dari
unit
lain, kerana
ianya
telah banyak memberi sumbangan daripada perolehan pendapatan
luar perniagaan Koperasi UNIKEB Berhad. Unit ini pada dasarnya
lebih membabitkan urusan tender atau kontrak perolehan perpustakaan
badan kerajaan dan swasta. Ini adalah suatu sumbangan yang
baik dengan kemampuan unit ini memperolehi bekalan bahan bacaan
dari
dalam dan luar negara.
Antara kontrak dan tender yang diceburi adalah perbekalan bahan bacaan berupa buku dan bahan multimedia berupa CD, kaset dan sebagainya. Ini boleh dimanfaatkan oleh para pelanggan melalui rujukan e-perolehan yang telah diceburi oleh pihak Koperasi UNIKEB Berhad.
Selain daripada itu bahagian ini juga banyak membabitkan diri dengan kegiatan luar yang berupa penyertaan pameran peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Promosi jualan juga sering dilakukan dengan penyertaan daripada pusat-pusat latihan dan pendidikan serata negeri yang membabitkan golongan akedemik.
AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN SEHINGGA
KINI
- Berhubung dengan pustakawan dihampir setiap negeri bagi memperkenalkan aktiviti perbekalan yang ada disediakan oleh koperasi.
- Menghantar sebutharga bahan bacaan yang sesuai mengikut keperluan organisasi yang memerlukan.
- Mengadakan promosi secara berjadual mengikut suasana dan keperluan semasa di setiap tempat yang menjemput untuk mengadakan promosi bahan bacaan.
- Menghadiri pameran buku peringkat tempatan mahupun antarabangsa bagi memperolehi bahan bacaan terkini bagi keperluan pelanggan koperasi.
- Mewujudkan hubungan yang baik antara pembekal tempatan dan antarabangsa bagi mendapatkan bekalan bahan bacaan terkini.
- Mengenalpasti keperluan pelanggan untuk jangka panjang dengan sentiasa memantau setiap tender atau kontrak yang ada melalui saluran media elektronik terkini.
PERANCANGAN JANGKA MASA PANJANG
Kami di Koperasi UNIKEB Berhad dalam proses jangka panjang ingin mempelbagaikan lagi bentuk pemasaran yang sedia ada kepada yang lebih baik lagi dengan cadangan membangunkan laman web yang sesuai dengan suasana terkini yang memerlukan persaingan yang lebih baik dan inovatif.
Kepada para pelanggan setia kami, anda dipelawa untuk meneruskan hubungan yang lebih baik dengan kami. Manakala kepada yang berminat dan bercadang untuk mengadakan hubungan perniagaan yang baik ini anda adalah dipelawa untuk bersama-sama menyertainya.
Anda boleh berhubung dengan wakil kami yang ada sepertimana nama dan nombor telefon di atas. Kami sedia membantu anda untuk mendapatkan bahan yang sesuai dengan citarasa anda.
KAMI
MENERIMA URUSNIAGA DENGAN KAD KREDIT
& 
UNTUK PEMBELIAN MELEBIHI RM50.00