PRINSIP-PRINSIP KOPERASI
Prinsip Pertama : Keanggotaan Sukarela dan Terbuka
Satu organisasi sukarela yang terbuka kepada semua orang untuk menggunakan perkhidmatannya, bersedia menerima tanggungjawab keanggotaan tanpa diskriminasi jantina, bangsa, agama, politik dan kedudukan.
Prinsip Kedua : Demokratik
Anggota Koperasi mengamal dasar demokrasi dengan mengambil bahagian aktif dalam membuat keputusan. Setiap anggota mempunyai hak mengundi, dan anggota yang dipilih bertanggungjawab kepada semua.
Prinsip Ketiga : Penglibatan Ekonomi
Semua anggota menyumbang modal dan mengawalnya dengan dasar demokrasi. Sebahagian modal koperasi menjadi harta bersama dan anggota akan menerima pulangan jika ada. Lebihan atau keuntungan koperasi dibahagikan bagi tujuan memajukan koperasi melalui rezab, membiayai kebajikan untuk anggota mengikut nisbah urusniaganya dengan koperasi, dan membantu kegiatan lain mengikut persetujuan anggota.
Prinsip Keempat : Automoni dan Kebebasan
Koperasi mempunyai autonomi dan berdikari yang dikawal oleh anggota. Sebarang perjanjian dengan organisasi lain termasuk kerajaan atau mendapat modal daripada sumber luar, kawalan dengan dasar demokrasi oleh anggota tetap diamalkan dan autonomi terjamin.
Prinsip Kelima : Pendidikan, Latihan dan maklumat
Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggota, wakil yang dipilih, Pengurus dan kakitangan supaya mereka berkhidmat dengan berkesan dan cekap untuk pembangunan koperasi. Koperasi menyedia dan memberikan maklumat kepada orang ramai terutama remaja dan pemimpin masyarakat.
Prinsip Keenam : Bekerjasama antara Koperasi
Koperasi memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada anggota, dan memperkukuhkan gerakan koperasi melalui kerjasama setempat, nasional, serantau dan antarabangsa.
Prinsip Ketujuh : Prihatin terhadap masyarakat
Koperasi berusaha untuk pembangunan yang berterusan untuk masyarakat dengan persetujuan anggota.