KOPERASI UNIKEB BERHAD diasaskan daripada sebuah syarikat jimat cermat & pinjam-meminjam yang ditubuhkan pada permulaannya dengan nama Syarikat Kerjasama Tenaga UNIKEB Berhad pada 14hb September 1973 dengan nombor pendaftaran syarikat 4877. Pada tahun 1978, status syarikat kerjasama telah ditukarkan kepada koperasi serbaguna dengan nama barunya KOPERASI UNIKEB BERHAD yang kekal sehingga kini.

Pada peringkat permulaannya keanggotaan UNIKEB kurang mendapat sokongan daripada kakitangan UKM yang hanya dianggotai oleh seramai 105 orang ahli sahaja. Namun begitu, dengan berkat kesabaran dan ketekunan anggota-anggotanya untuk memajukan UNIKEB, sehingga kini keanggotaan UNIKEB telah menjangkau kepada 2,300 orang anggota aktif yang terdiri daripada kakitangan tetap Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Kampus Kuala Lumpur (KKL) serta kakitangan UNIKEB sendiri.

UNIKEB kini mampu berdiri megah bersama koperasi-koperasi lain kerana telah mempunyai bangunannya sendiri, WISMA UNIKEB yang menjadi mercu tanda ke atas kejayaan dan kecemerlangan aktiviti koperasi yang dilaksanakan. Wisma UNIKEB juga melambangkan kekuatan sokongan yang diberikan oleh anggota-anggotanya dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada anggota, warga UKM dan masyarakat setempat.

Selamat melayari Laman Web UNIKEB dan terima kasih di atas kunjungan anda ke sini.

Ruangan di bawah butang ini adalah berita UNIKEB yang dijalankan oleh Java Script, sila pastikan komputer anda ENABLE Java Script untuk membacanya. Jika ruangan di bawah tidak dipaparkan, SILA KLIK PADA BUTANG INI untuk terus ke Laman Berita UNIKEB. Terima kasih -webmaster-