
KOPERASI SECARA UMUM
S1 Apakah
koperasi ?
S2 Apakah perbezaan di antara koperasi dengan syarikat berhad ?
S3 Apakah
prinsip & nilai yang dipegang oleh koperasi ?
KEANGGOTAAN
S4 Siapakah
yang layak menganggotai UNIKEB dan bagaimana untuk membuat
permohonan
S5 Berapakah caruman/yuran bulanan seseorang anggota UNIKEB ?
S6 Apakah faedah menjadi anggota UNIKEB ?
S7 Apakah
Tabung Pendidikan Anak Anggota UNIKEB (TPPU) dan
bagaimana untuk
membuat
permohonan ?
S8 Apakah Anugerah Pelajar Cemerlang Anak Anggota UNIKEB dan
bagaimana untuk membuat
permohonan ?
S9 Apakah Kumpulan Wang Khairat Kematian UNIKEB ?
S10 Bagaimana untuk mengeluarkan caruman apabila seseorang anggota UNIKEB telah berhenti dari UKM ?
UNIKEB TRADING
S11 Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh UNIKEB Trading ?
S12 Bagaimana
untuk membeli insuran kenderaan secara potongan gaji dan
apakah
syarat-syaratnya ?
S13 Selain daripada tunai dan potongan gaji, adakah transaksi kad kredit disediakan di UNIKEB Trading?
KEDAI BUKU
S14 Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Kedai Buku UNIKEB ?
S15 Bolehkah transaksi kad kredit diterima di Kedai Buku UNIKEB ?
S16 Apakah keistimewaan anggota UNIKEB semasa membeli barangan di Kedai Buku UNIKEB ?
PEMASARAN
S17 Apakah peranan Unit Pemasaran UNIKEB ?
S18 Siapakah
pelanggan Unit Pemasaran UNIKEB ?
S19 Apakah
produk & perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Pemasaran UNIKEB ?
PASAR MINI
S20 Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pasar Mini UNIKEB ?
S21 Apakah skim yang ditawarkan untuk anggota UNIKEB ?
AR RAHNU
S22 Apakah
Skim Gadaian Islam yang ditawarkan oleh UNIKEB dan
apakah syarat-syaratnya?
S23 Bagaimanakah untuk mendapatkan perkhidmatan di Ar-Rahnu ?
S24 Apakah perbezaan Skim Gadaian Islam yang ditawarkan oleh UNIKEB dengan skim gadaian terbuka ?
CAWANGAN HUKM
Pasar Mini UNIKEB (HUKM)
S25 Apakah
perkhidmatan yang ditawarkan di Pasar Mini HUKM ?
S26 Apakah skim yang ditawarkan oleh Pasar Mini HUKM ?
S27 Bagaimanakah waktu operasi di Pasar Mini HUKM ?
Kedai Buku UNIKEB (HUKM)
S28 Apakah
perkhidmatan yang ditawarkan di Kedai Buku HUKM ?
S29 Apakah kelebihannya jika seseorang anggota UNIKEB membeli
buku di Kedai Buku HUKM ?
S30 Bagaimanakah waktu operasi di Kedai Buku HUKM ?
Pejabat Pos Mini HUKM
S31 Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di Pejabat Pos Mini HUKM ?
S32 Bagaimanakah waktu operasi di Pejabat Pos Mini HUKM ?
STESYEN MINYAK
S33 Dimanakah
lokasi stesyen minyak UNIKEB ?
S34 Apakah perkhidmatan yang disediakan untuk anggota UNIKEB dan bagaimana untuk membuat permohonan?
JAWAPAN
J1 Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.
Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya . Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen , anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.
Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.
<KEMBALI>
J2 Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya manakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungan semata-mata.
Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya manakala sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut.
Kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem demokrasi, berasaskan kepada satu anggota, satu undi . Kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan bedasarkan jumlah saham yang dipunyainya.
Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-anggotanya manakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan dibahagikan antara pemegang-pemegang saham.
Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh dikeluarkan semula. Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan nilainya tidak menentu.
Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi manakala syarikat tertakluk kepada Akta Syarikat.
<KEMBALI>
J3 Prinsip & nilai yang menjadi asas kepada pertubuhan koperasi adalah :
1. Keanggotaan Sukarela dan Terbuka
Koperasi adalah sebuah organisasi sukarela, terbuka kepada sesiapa sahaja yang boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya dan rela menerima tanggungjawab sebagai anggota tanpa mengira jantina, perbezaan sosial bangsa, fahaman politik mahupun agama.
2. Kawalan Demokrasi oleh Anggota
Koperasi adalah organisasi berasaskan demokrasi, dikawal oleh anggotanya sendiri secara melibatkan diri dengan aktif dalam membuat polisi dan keputusan. Lelaki dan wanita, yang dilantik sebagai wakil adalah bertanggungjawab terhadap anggota-anggotanya. Bagi Koperasi asas, anggota-anggota mempunyai hak mengundi yang sama (satu anggota satu undi) dan koperasi di peringkat yang lebih tinggi turut mengamalkan dasar berbentuk demokrasi.
3. Penglibatan Anggota Dalam Kegiatan Ekonomi
Anggota-anggota memberi sumbangan samarata kepada modal koperasi dan mengawalnya secara demokrasi. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada modal tersebut adalah harta bersama koperasi. Anggota-anggota selalunya menerima gantirugi yang terhad, jika ada, keatas modal yang disumbangkan sebagai sebahagian daripada syarat menjadi anggota. Anggota-anggota menyediakan peruntukan kewangan untuk satu-satu tujuan atau kesemua tujuan yang berikut: memajukan koperasi dengan menyediakan rezab, dimana sebahagian daripada rezab tersebut tidak boleh dibahagi-bahagikan, disamping memberi faedah kepada anggota mengikut jumlah transaksi mereka dengan koperasi dan menyokong lain-lain aktiviti yang dipersetujui oleh anggota.
4. Kebebasan dan Autonomi
Koperasi adalah organisasi berdikari dan bercirikan autonomi yang dikawal oleh anggotanya. Jika mereka memasuki mana-mana perjanjian dengan lain-lain organisasi, termasuk dengan kerajaan, atau menambah modal daripada sumber luar, mereka berbuat demikian di atas syarat-syarat yang memastikan kawalan demokrasi masih di tangan anggota disamping masih dapat mengekalkan taraf autonominya.
5. Pendidikan, Latihan dan Maklumat
Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, lembaga yang dipilih, pengurus dan pekerja agar mereka boleh menyumbangkan secara berkesan kepada kemajuan koperasi. Koperasi menyampaikan maklumat kepada orang ramai terutama golongan belia dan ketua-ketua masyarakat berhubung perihal dan faedah berkoperasi.
6. Kerjasama Antara Koperasi-Koperasi
Koperasi membantu anggotanya secara lebih berkesan di samping mengukuhkan gerakan koperasi dengan cara bekerja bersama-sama di peringkat tempatan, wilayah, nasional dan antarabangsa.
7. Prihatin Terhadap Komuniti
Di samping menumpukan kepada keperluan anggota-anggotanya, koperasi juga berusaha untuk membangunkan masyarakat secara mampan melalui dasar-dasar yang diterima oleh anggota-anggotanya.
<KEMBALI>
J4 Keanggotaan UNIKEB hanya dibuka kepada kakitangan berstatus TETAP Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja
Syarat & kelayakan untuk menganggotai UNIKEB
- Sertakan 2 keping gambar berukuran pasport
- Salinan slip gaji terkini & wang pendaftaran sebanyak RM5.00.
(Individu yang telah berhenti menjadi Anggota dan ingin memohon kembali perlu membayar RM10.00)
- Isi borang Permohonan Menjadi Anggota Koperasi UNIKEB Berhad dengan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
<KEMBALI>
J5 Kadar Caruman
Gaji Kasar
(RM) |
Caruman Minimum (RM) |
3000 ke bawah |
30.00 |
3001 ~ 4000 |
40.00 |
4001 ~ 5000 |
50.00 |
5001 ~ 6000 |
60.00 |
6001 ~ 7000 |
70.00 |
7001 ~ 8000 |
80.00 |
8001 ~ 10000 |
90.00 |
10000 ke atas |
100.00 |
<KEMBALI>
J6 Faedah Menjadi Anggota UNIKEB
Pinjaman Peribadi (Wang) dengan kadar faedah yang sangat rendah
Pinjaman Wang Al-Qadrul Hassan
Pinjaman Kecemasan
Pembelian barangan keperluan rumah (perabot & elektrik) dan lain-lain barangan secara potongan gaji.
Pembelian insuran kenderaan secara kredit melalui potongan gaji
Mendapat diskaun tambahan 10% untuk pembelian buku di Kedai Buku UNIKEB
Seseorang anggota Koperasi UNIKEB layak menerima wang khairat kematian sekiranya ia kematian berlaku kepada beliau , suami atau isteri dan anak
Anugerah Pelajar Cemerlang kepada anak-anak Anggota UNIKEB mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Menawarkan Tabung Pinjaman Pendidikan UNIKEB (TPPU) untuk anggota dan anak-anak anggota UNIKEB yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan
Pembayaran dividen mengikut kadar yang diputuskan oleh Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi.
<KEMBALI>
J7 Tabung Pinjaman Pendidikan UNIKEB (TPPU) adalah satu dana yang ditubuhkan di bawah Tabung Kebajikan UNIKEB yang memperuntukkan sejumlah wang dalam bentuk pinjaman bolehubah bagi membiayai pendidikan anak-anak anggota,angota, kakitangan koperasi dan masyarakat sekitar UKM bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institut Pengajian Tinggi Awam.
Untuk membuat permohonan, sila dapatkan
Borang permohonan dan lain-lain keterangan
lanjut boleh didapati dari:
Pentadbiran
Koperasi
UNIKEB Berhad, Aras 4, Wisma UNIKEB
43600 Bangi, Selangor
atau lawan sesawang www..unikeb.koperasi.coop/pdf/pendidikan.pdf
Maklumat lanjut, sila
hubungi
Tel: 03-89252540 atau
E-Mail: info@unikeb.ukm.my
<KEMBALI>
J8 Anugerah Pelajar Cemerlang Anak Anggota UNIKEB merupakan satu anugerah yang diberikan kepada anak-anak anggota UNIKEB yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan mengikut kategori seperti berikut :
Syarat & kelayakan
1. PMR - lulus sekurang-kurangnya memperolehi 7A
2. SPM - lulus
sekurang-kurangnya 7A termasuk mata
pelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik
3. STPM - lulus sekurang-kurangnya 3A
4. Program - lulus sekurang-kurangnya
dengan mendapat Matrikulasi CGPA 3.30 KPM
5. IPTA - lulus sekurang-kurangnya
dengan mendapat CGPA 3.50
Setiap keputusan peperiksaan mesti disertakan dengan salinan asal yang telah disahkan sebagai bukti.
Anugerah ini menjadi acara tahunan yang disampaikan semasa Mesyuarat
Agung Tahunan Koperasi UNIKEB Berhad.
<KEMBALI>
J9 Seseorang anggota UNIKEB layak menerima wang khairat kematian sekiranya berlaku kematian kepada beliau , suami atau isteri dan anak dengan kadar berikut ;
Kematian Anggota UNIKEB sumbangan RM 200.00 Suami
atau Isteri kepada anggota UNIKEB sumbangan RM 100.00
(di mana
suami atau isteri yang meninggal itu bukan anggota) Anak
Anggota sumbangan RM 50.00
<KEMBALI>
J10 Seseorang anggota UNIKEB yang telah berhenti dari menjadi angota boleh mengeluarkan caruman beliau mengikut syarat-syarat berikut :
Bersara Pembayaran akan dilakukan setelah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi dalam tempoh sebulan.
Berhenti Peribadi Akan dibawa ke Mesyuarat Lembaga Penarah Koperasi. Pembayaran akan dibuat dalam tempoh setahun notis atau 6 bulan untuk kes-kes tertentu.
Berhenti UKM Pembayaran akan dilakukan setelah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi dalam tempoh sebulan.
<KEMBALI>
J11 UNIKEB Trading menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut kepada anggota UNIKEB dan orang awam di mana anggota UNIKEB boleh membeli secara potongan gaji dan orang awam secara tunai sahaja :
Perabot (Jati & biasa)
Elektrik
(Sony, National, Panasonic, Sanyo, LG, Singer dan sebagainya)
Basikal,
mesin rumput, tayar kereta dan telefon bimbit
Tiket kapalterbang AIR ASIA & MAS
(tunai)
Tiket bas Transnasional & Sutera
Insuran kenderaan (Takaful Nasional & UniAsia)
<KEMBALI>
J12 Cara-cara untuk membeli insuran kenderaan di UNIKEB Trading ialah:
-
Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan bayaran secara kredit.
-
Dokumen yang diperlukan untuk memperbaharui insurans/Takaful adalah seperti salinan kad pendaftaran kenderaan, salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu dan polisi insuran asal dari syarikat sebelumnya.
<KEMBALI>
J13 UNIKEB Trading menyediakan perkhidmatan kad kredit untuk belian melebihi RM 50.00 ke atas.
<KEMBALI>
J14 Perkhidmatan yang disediakan oleh Kedai Buku UNIKEB ialah menjual buku-buku, majalah, alat tulis, cenderamata berlogokan UKM , kupon tambah nilai prabayar dan sebagainya.
<KEMBALI>
J15 Transaksi kad kredit yang diterima di Kedai Buku UNIKEB adalah untuk belian barangan melebihi RM 50.00 ke atas.
<KEMBALI>
J16 Keistimewaan yang boleh dinikmati oleh anggota Koperasi UNIKEB semasa membeli barangan di Kedai Buku UNIKEB ialah boleh mendapatkan tambahan 10% diskaun tunai untuk pembelian buku sahaja.
<KEMBALI>
J17 Peranan Unit Pemasaran di Koperasi UNIKEB Berhad ialah berusaha untuk mendapatkan pasaran untuk buku-buku tempatan dan luar negeri.
<KEMBALI>
J18 Pelanggan Unit Pemasaran UNIKEB ialah Jabatan-jabatan Kerajaan, Istitusi-institusi Pengajian Tinggi dan Badan-badan yang berkaitan dengan bahan-bahan bacaan dan pembelajaran.
<KEMBALI>
J19 Produk dan perkhimatan yang disediakan oleh Unit Pemasaran UNIKEB ialah menyediakan perkhidmatan pengedaran buku-buku dan bahan bacaan.
<KEMBALI>
J20 Perkhidmatan yang oleh Pasar Mini UNIKEB ialah jualan barang-barang runcit termasuk makanan, minuman, barangan tisu, barangan penjagaan diri, surat khabar dan sebagainya.
<KEMBALI>
J21 Perkhimatan yang disediakan oleh Pasar Mini UNIKEB kepada anggotanya ialah Skim belian barang secara potongan gaji.
<KEMBALI>
J22 Skim Gadaian Islam yang ditawarkan oleh UNIKEB ialah Skim Gadaian Ar Rahnu. Syarat-syarat untuk menggadai di Ar Rahnu UNIKEB ialah:
Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia
Berumur
18 tahun ke atas
Barang kemas ( mili sah pemohon atau
ahli keluarga)
barang kemas yang digadai mestilah meliputi
jenis emas yang telah ditetapkan
semua jenis batu hiasan
dan permata tidak diambil kira
Pemohon yang ingin menggadai
mestilah membawa kad pengenalan asal dan salinannya
<KEMBALI>
J23 Untuk mendapatkan perkhimatan di Ar Rahnu, sila kunjungi:
Unit Ar Rahnu
Lot 2.09 Wisma UNIKEB, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel : 012-5130291/ 03-89214038/
03-89252540
Waktu urusan
: Isnin - Khamis - |9.00 Pagi - 3.30 Petang|
: Jumaat - |9.00 Pagi -
12.15 Tengahari| |2.30 Petang - 3.30 Petang|
<KEMBALI>
J24 Perbezaan Skim Gadaian Islam yang ditawarkan oleh UNIKEB dengan gadaian terbuka ialah tidak mengamalkan riba dan keselamatan barang yang digadai adalah terjamin.
<KEMBALI>
J25 Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pasar Mini HUKM ialah menawarkan perkhidmatan jualan barangan runcit termasuk makanan, minuman, barangan tisu, kupon prabayar epay, barangan penjagaan diri, surat khabar dan majalah dan sebagainya untuk keperluan kakitangan, pelajar, pesakit dan orang ramai yang berada di HUKM.
<KEMBALI>
J26 Skim yang ditawarkan oleh Pasar Mini HUKM ialah menawarkan perkhidmatan pembelian barangan secara kredit kepada anggota Koperasi UNIKEB Berhad.
<KEMBALI>
J27 Waktu operasi di Pasar Mini HUKM adalah seperti berikut;
Isnin hingga Sabtu - 8.00 Pagi - 7.00 Malam
Ahad dan cuti umum - 10.00 Pagi - 7.00 Malam
<KEMBALI>
J28 Perkhidmatan yang disedikan oleh Kedai Buku HUKM ialah menjual buku-buku akademik, bahan bacaan ringan, majalah, surat khabar, barangan cenderamata berlogokan UKM, alat tulis, dan perkhidmatan photostat.
<KEMBALI>
J29 Kelebihan yang boleh dinikmati oleh seseorang anggota UNIKEB sekiranya membeli buku di Kedai Buku HUKM ialah boleh menikmati tambahan diskaun tunai sebanyak 10%.
<KEMBALI>
J30 Waktu operasi di Kedai Buku HUKM ialah
Isnin hingga Sabtu - 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Ahad dan cuti umum - 10.00 Pagi - 5.00 Petang
<KEMBALI>
J31 Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pos Mini HUKM ialah
- Jualan setem
- Jualan dan Bayaran Wang Pos
- Pos Ekspres
- Bungkusan dalam dan luar negara
- Surat Berdaftar dalam dan luar negara
Bayaran bil-bil setempat
- Tenaga Nasional Berhad (tunai sahaja)
- Syarikat Telekom Malaysia (tunai sahaja)
- Time TT Dot Com (tunai sahaja)
- Indah Water Konsortium Bhd (tunai sahaja)
- ASTRO (tunai sahaja)
- TM NET (tunai dan cek)
- MAXIS (tunai dan cek)
- TMTOUCH (tunai dan cek)
- CELCOM (tunai dan cek)
- DIGI (tunai dan cek)
Bayaran Cukai Pintu
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
- Majlis Perbandaran Subang
Jaya (MPSJ)
- Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ)
- Majlis Perbandaran Selayang
(MPS)
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Urusan berikut TIDAK boleh dilakukan di Pejabat Pos Mini HUKM;
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Amanah Saham (ASB/ASN)
Tabung Haji dan
Pos Laju
JUALAN Insurans Kenderaan
Koperasi Unikeb Berhad merupakan ejen yang sah kepada syarikat insurans
- TAKAFUL IKHLAS (tunai & potongan gaji)
- ETIQA TAKAFUL (tunai & potongan gaji)
- UNIASIA (tunai & potongan gaji)
JUALAN TIKET
Koperasi Unikeb Berhad merupakan ejen jualan tiket kepada
- Syarikat penerbangan AIR ASIA untuk semua destinasi yang telah ditetapkan oleh syarikat tersebut. Transaksi urusan secara tunai sahaja
PERKHIDMATAN KEANGGOTAAN
Pembiayaan Wang (Al-Qardul Hassan dan Kecemasan)
Pinjaman Barangan Perabot/Elektrik/Barang Kemas/Komputer
Pinjaman Insurans Kenderaan
Anggota Baru
<KEMBALI>
J32 Waktu operasi di Pejabat Pos Mini HUKM ialah
Isnin hingga Jumaat - 8.30 Pagi - 5.00 Petang
Ahad,Sabtu dan cuti umum -
Tutup
<KEMBALI>
J33 Lokasi Stesyen Minyak UNIKEB ialah
Stesyen Minyak UNIKEB 1
Lot 8761, Jalan 1/1
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-89250327
Stesyen Minyak UNIKEB 2
Lot 7 & 8, Jalan 4/1
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-89254202
<KEMBALI>
J34 Perkhidmatan yang disediakan oleh Stesyen Minyak UNIKEB kepada anggotanya ialah Skim Kredit Minyak dan untuk membuat permohonan, pemohon mestilah datang ke Pejabat Urusan Koperasi UNIKEB di Wisma UNIKEB untuk mengisi borang pemohonan.
<KEMBALI>
|