MAKLUMAT UMUM
Unit ini boleh dikunjungi dan dihubungi melalui;
| Lokasi |
:Lot
2.09, Aras 2, Wisma UNIKEB, UKM, 43650 Bangi, Selangor |
| Tel |
:
03-8921 4038 |
| Faks |
:
03-8925 7177 |
MAKLUMAT KAKITANGAN
Kakitangan di unit ini terdiri daripada ;
| Eksekutif |
:
Rudi Liza Kamaruddin |
| Kerani |
:
Wan Mohamad Nazran Wan Ali Megal |
PENGENALAN
Dalam usaha untuk menghapuskan riba dan gharar sistem pajak gadai
Islam diperkenalkan. Tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan
hasil bunga (faedah) yang dikenakan oleh pemilik pajak gadai sebagai
ganjaran daripada wang tunai yang dipinjamkan
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Menyediakan satu skim pinjaman mudah jangka pendek iaitu
Skim Gadaian Islam (Ar-Rahnu) Skim ini dilancarkan pada 3 November
2003 bertujuan untuk memberi perkhidmatan dan faedah kepada anggota
koperasi serta masyarakat setempat yang memerlukan pajak gadaian
atas landasan yang selari dan sesuai dengan syariat Islam
RUKUN AR-RAHNU
Mengandungi lima perkara iaitu :
:: Penggadai atau orang yang menggadai : iaitu orang yang berhutang
:: Penerima gadaian atau pemegang gadai : iaitu pihak yang memberi
pinjaman
:: Barang gadaian : iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan
dalam kawalan penerima.
:: Tanggungan gadaian : iaitu jumlah yang terhutang.
:: Sighah atau perjanjian : iaitu perjanjian berkaitan pinjaman
atau hutang dan gadaian
SKIM GADAIAN ISLAM (Ar-Rahnu)
- Suatu sistem pajak gadai yang diaplikasikan mengikut peraturan
syariah.
- Merupakan pilihan terbaik untuk memperolehi tunai dengan segera
bagi memenuhi keperluan kewangan dengan mencagarkan barang kemas
- Tidak wujud sebarang bentuk penindasan di antara penggadai
dengan penerima gadaian
- Urusan gadaian dilakukan di dalam bilik khas dan ruang niaga
dilindungi daripada pengetahuan umum.
- Barang gadaian yang disimpan terjamin dengan sistem keselamatan
yang canggih dan diinsuranskan.
- Kadar upah simpan yang dikenakan lebih rendah bergantung kepada
nilai emas dan tempoh gadaian iaitu sekurang-kurangnya RM 0.80
sebulan bagi setiap RM 100.00 nilai emas (marhun).
KONSEP AR-RAHNU
:: Jumlah maksimum pinjaman bagi setiap gadaian ialah
60% atas nilai marhun dan tertakluk kepada maksima sebanyak RM
5,000.00.
:: Tempoh gadaian adalah 6 bulan (lanjutan tempoh tidak melebihi
4 bulan), tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
:: Jumlah terkumpul bagi setiap pinjaman tidak melebihi RM 5,000.00.
KEPERLUAN DAN SYARAT GADAIAN
Kelayakan
:: Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.
:: Berumur 18 tahun ke atas.
:: Barang kemas (marhun) adalah milik sah pemohon atau ahli keluarga.
Perlu Bawa
:: Barang kemas(meliputi jenis emas
yang telah ditetapkan)
:: Semua jenis batu hiasan dan permata tidak diambil
kira.
:: Kad Pengenalan asal dan sekeping salinannya
AKTIVITI & PERKEMBANGAN
- Menyediakan kemudahan mikro kredit dimana suatu barang yang
berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar
yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat
dijelaskan.
- Semua simpanan barangan gadaian diinsuranskan dan dikenakan
upah simpan keatasnya.
PERANCANGAN
- Memperluaskan penawaran perkhidmatan Skim Ar-Rahnu sebagai saluran
mikro kredit yang penting terutama kepada anggota koperasi.
- Menjadikan Skim Ar-Rahnu sebagai perkhidmatan bersifat nasional.
- Mengadakan lelongan barang kemas