SILA KLIK DI SINI
Kelebihan Menjadi Anggota UNIKEB

Unit Keanggotaan merupakan unit yang menguruskan bahagian keanggotaan bagi Koperasi UNIKEB Berhad. Segala urusan yang melibatkan keanggotaan seperti keanggotaan baru, berhenti anggota potongan gaji dan pinjaman wang diuruskan oleh Unit Keanggotaan.

MAKLUMAT UMUM

Lokasi : Aras 4, Wisma UNIKEB, UKM
Telefon (Talian Am) : 03-89252540 / 2617
Telefon (Talian terus) : 03-8921 4031/4032
Faks : 03-89257177
Email : unikeb1@po.jaring.my

MAKLUMAT KAKITANGAN

Pengurus : En. Mohd Fitri Ab Rahman
Pembantu Pengurus Keanggotaan :Pn. Norshidah Nordin
Pembantu Pengurus Keanggotaan :Pn. Sabarina Halim

 

>>>>>>>>>>>>>>

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

•  Keanggotaan

• i. Menjadi Anggota Baru

• ii. Berhenti Anggota

•  Pinjaman Wang

• i. Bai` Al-Inah

• ii. Kecemasan

•  Kebajikan Anggota

• i. Anugerah Pelajar Cemerlang Anak Anggota UNIKEB

• ii. Tabung Pinjaman Pendidikan UNIKEB (TPPU)

• iii. Kumpulan Wang Khiarat Kematian UNIKEB

 

>>>>>>>>>>>>>>

 

A. Keanggotaan

A.1. Menjadi Anggota Baru UNIKEB

Syarat & kelayakan

1. Syarat Umum

•  Sertakan 2 keping gambar berukuran pasport

•  salinan slip gaji terkini & salinan Kad Pengenalan

•  wang pendaftaran sebanyak RM5.00

(Individu yang telah berhenti menjadi Anggota dan ingin memohon kembali perlu membayar RM10.00)

# Isi borang Permohonan Menjadi Anggota Koperasi UNIKEB Berhad dengan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sila dapatkan borang di sini

2. Kadar Caruman

Gaji Kasar (RM)

Caruman Minimum (RM)

1000 ke bawah

20.00

1001 ~ 3000

30.00

3001 ~ 4000

40.00

4001 ~ 5000

50.00

5001 ~ 6000

60.00

6001 ~ 8000

80.00

8001 ke atas

100.00

3. Syarat-Syarat Kelayakan berdasarkan Undang-Undang Kecil Koperasi UNIKEB Berhad Bahagian IV

(Perkara 10)

• i. Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada kakitangan tetap Universiti Kebangsaan Malaysia, suami, Kakitangan tetap UKM Holding dan pekerja tetap Koperasi UNIKEB Berhad.

• ii. Menurut Seksyen 26 dan 27 Akta, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah;

•  Warganegara Malaysia;

•  Telah mencapai umur lapan belas tahun;

•  Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Perkara 11

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada Setiausaha Kehormat

Perkara 12

Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan yuran masuk sebanyak RM5.00. Yuran masuk itu menurut perenggan 50 (a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.

<KEMBALI>

>>>>>>>>>>>>>>

 

A.2. BERHENTI ANGGOTA

Seseorang anggota UNIKEB yang telah berhenti dari menjadi anggota boleh mengeluarkan caruman beliau mengikut syarat-syarat berkenaan.

Bersara - Pembayaran akan dilakukan setelah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi dalam tempoh sebulan.

Berhenti Peribadi - Akan dibawa ke Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi. Pembayaran akan dibuat dalam tempoh setahun notis atau 6 bulan untuk kes-kes tertentu.

Berhenti UKM - Pembayaran akan dilakukan setelah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi dalam tempoh sebulan.

<KEMBALI>

 

>>>>>>>>>>>>>>

B. PINJAMAN WANG (PERIBADI)

B.1. Bai`Al-Inah

Syarat & kelayakan

  • Kadar pembiyaan wang hendaklah mengikut gaji kasar yang terakhir diterima pada bulan tersebut.
  • Permohonan pembiayaan wang diterima hanya selepas 6 bulan menjadi anggota.

Gaji Kasar                     Had Pembiyaan (RM)

RM1,000 ke bawah                 3,000

RM1,001 - 2,000                    4,000

RM2,001 - 3,000                    5,000

RM3,001 - 4,000                    6,000

RM4,001 - 5,000                    7,000

RM5,001 ke atas                    8,000

  • Bayaran Caj Perkhidmatan 4% setahun

  • Sertakan satu salinan penyata gaji terakhir, kad pengenalan dan kad anggota UNIKEB bagi pemohon dan satu salinan kad anggota UNIKEB dan salinan penyata gaji terakhir bagi penjamin-penjamin.

  • Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan sempurna. Anggota -anggota yang telah berhenti mencarum apabila sampai ke peringkat maksima tidak boleh meminjam kecuali mereka terus mencarum.

  • Tempoh bayaran balik dibenarkan tidak melebihi 24 bulan

Peringatan : Sekiranya anda tidak mengikut syarat-syarat yang tersebut di atas, borang permohonan pembiayaan anda tidak akan dilayan. Sila dapatkan borang pembiayaan di sini

<KEMBALI>

>>>>>>>>>>>>>>

B.2. Pinjaman Kecemasan

Syarat & kelayakan

  • Jumlah pinjaman adalah sebanyak RM500.00 sahaja
  • Surat permohonan
  • Sertakan satu salinan penyata gaji terakhir, kad pengenalan dan kad anggota UNIKEB bagi pemohon, satu salinan kad anggota UNIKEB dan salinan penyata gaji terakhir bagi penjamin-penjamin.
  • Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan sempurna. Anggota-anggota yang telah berhenti mencarum apabila sampai ke peringkat maksima tidak boleh meminjam kecuali mereka terus mencarum.
  • Tempoh bayar balik adalah tidak melebihi 12 bulan.

Peringatan : Sekiranya anda tidak mengikut syarat-syarat yang tersebut di atas, borang permohonan pembiayaan anda tidak akan dilayan. Sila dapatkan borang pembiayaan di sini

<KEMBALI>

>>>>>>>>>>>>>>

C. KEBAJIKAN ANGGOTA

C.1. Anugerah Pelajar Cemerlang Anak Anggota UNIKEB

Syarat & kelayakan

  1. PMR - lulus sekurang-kurangnya memperolehi 7A
  2. SPM - lulus sekurang-kurangnya 7A termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
  3. STPM - lulus sekurang-kurangnya 3A
  4. Program Matrikulasi KPM - lulus sekurang-kurangnya dengan mendapat CGPA 3.30
  5. IPTA - lulus sekurang-kurangnya dengan mendapat CGPA 3.50

•  Setiap keputusan peperiksaan mesti disertakan dengan salinan asal yang telah disahkan sebagai bukti.

<KEMBALI>

>>>>>>>>>>>>>>

C.2. TABUNG PINJAMAN PENDIDIKAN UNIKEB (TPPU)
(Artikel mengenai TPPU telah terpilih untuk Berita Pelancar pada keluaran Mei 2004)

Pelajar Pertama Tajaan TPPU yang telah berjaya menamatkan pengajian dari UKM

TUJUAN
UNIKEB di bawah Tabung Kebajikan memperuntukkan sejumlah wang dalam bentuk pinjaman bolehubah bagi membiayai pendidikan anak-anak anggota,angota,kakitangan koperasi dan masyarakat sekitar UKM bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institut Pengajian Tinggi Awam. PENUBUHAN TPPU

Tabung Pinjaman Pendidikan UNIKEB (TPPU) telah diberi mandat untuk ditubuhkan melalui Mesyuarat Agung ke-24 pada 30hb Jun 2001.

MATLAMAT

  • Membantu anak-anak anggota Koperasi UNIKEB, anak-anak kakitangan koperasi dan anggota koperasi UNIKEB yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Matrikulasi atau setaraf dengannya.
  • Suatu alternatif ke arah membentuk dan melahirkan golongan professional di kalangan kakitangan dan anggota koperasi UNIKEB.
  • Memberi semangat dan perangsang pada anak-anak yang berjaya supaya mereka mengekalkan prestasi mereka.

PERLAKSANAAN

Tabung Pinjaman Pendidikan UNIKEB (TPPU) ditubuhkan bagi melaksanakan keputusan Mesyuarat Agung UNIKEB ke - 24 dalam menentukan jumlah sumbangan; pemilihan calon-calon yang layak dan melaporkan perkembangan TPPU kepada Anggota Lembaga Koperasi UNIKEB. Jawatankuasa TPPU bertanggungjawab menguruskan pemprosesan permohonan, mengadakan sesi temuduga dan mencadangkan calon-calon yang layak untuk kelulusan Koperasi UNIKEB.

Jawatankuasa TPPU terdiri dari pengerusi, dua orang Anggota Lembaga Koperasi UNIKEB, seorang ahli dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan dibantu oleh Pengurusan UNIKEB.

KELEBIHAN PINJAMAN PENDIDIKAN

  • Pinjaman bolehubah kepada biasiswa berdasarkan pencapaian kelas Diploma dan Ijazah Sarjana Muda;
  • Jumlah pinjaman tidak dikenakan faedah; dan
  • UNIKEB sebagai penganjur TPPU akan menawarkan pekerjaan dengan gerakan koperasi selepas pinjaman menamatkan pengajian bergantung kepada kelulusan.

AMAUN PINJAMAN/HADIAH

Pembiayaan pinjaman pendidikan bagi mengikuiti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi seperti berikut:-

Jumlah Peruntukan Setahun Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) RM6,500.00 Jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan kepada keperluan pendidikan semasa dan kedudukan kewangan UNIKEB. Peringkat permulaan ini jumlah peruntukkan TPPU adalah sebanyak RM20,000.00 setahun dan bagi tahun-tahun berikutnya diperuntukkan sekurang-kurangnya menyamai RM45,000.00 setahun. Bilangan pinjaman ditentukan berdasarkan kepada jumlah yang diperuntukkan dan peringkat permulaan hanya dua pinjaman dapat dikeluarkan setahun. Peruntukan ini boleh dikaji semula dari masa ke semasa.

KAEDAH PEMILIHAN

  • Kriteria pemilihan calon yang layak dinilai berdasarkan kepada keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM,STPM,STAM dan Matrikulasi atau setaraf dengannya dan juga kursus pengajian yang diluluskan oleh UNIKEB;dan
  • UNIKEB akan memberi keutamaan untuk anak-anak anggota yang berpendapatan rendah.

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian dibiayai oleh UNIKEB mengikut pengajian di Institusi-Isntitusi Pengajian Tinggi Awam antara dua (2) tahun hingga tertakluk maksima lima (5) tahun pengajian.

TEMPOH BAYAR BALIK

Pinjaman pendidikan TPPU hendaklah dibayar balik pada akhir bulan selepas 6 bulan menamatkan kursus pengajian/latihannya.

KAEDAH BAYAR BALIK

  • Bayaran balik hendaklah dibuat secara ansuran bulanan sebanyak minima RM300.00 sebulan atau satu jumlah yang ditentukan oleh UNIKEB.
  • Ansuran yang pertama hendaklah dibuat pada atau sebelum hari terakhir pada bulan yang berikutnya selepas tempoh habisnya enam (6) bulan dari tamat pengajian. Ansuran seterusnya hendaklah dibuat pada atau sebelum hari terakhir pada tiap-tiap bulan yang seterusnya sehingga selesai kesemua pinjaman dibayar.

KELAYAKAN PENJAMIN

Setiap permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dua (2) orang penjamin yang berkemampuan dengan salah seorangnya anggota UNIKEB. Jika penjamin meninggal, peminjam hendaklah mencari pengganti penjamin yang boleh diterima oleh TPPU.

Kelayakan penjamin adalah seperti berikut:-

  • Umur penjamin:

Tidak melebihi 47 tahun pada tarikh menandatangani Perjanjian TPPU

  • Gaji/pendapatan bersih penjamin:

Tidak kurang dari RM500.00 sebulan

  • Pengesahan pendapatan:

a. bekerja dengan kerajaan/Agensi Kerajaan: disahkan oleh majikan masing-masing.

b. Cukai Pendapatan (Borang J) jika ada.

  • Penjamin dibenarkan menjamin 2 orang sahaja pada satu-satu masa.
  • Penjamin dikehendaki untuk melengkapkan borang laporan penjamin dan dihantar bersama-sama dengan borang permohonan.
  • Penjamin hendaklah menandatangani Borang Perkhidmatan ANGKASA (BPA) atau lain-lain surat jaminan.

PERLINDUNGAN INSURAN TPPU

Cagaran Insurans Hayat diwajibkan atas nama peminjam bagi menjaga kepentingan UNIKEB dan peminjam. Peminjam dikehendaki membayar premium Insuran Hayat dari tarikh pengajian sehinggan tamat tempoh bayar balik pinjaman.

PERTUKARAN STATUS PINJAMAN KEPADA BIASISWA

Jawatankuasa TPPU berkuasa menukarkan pinjaman pendidikan kepada biasiswa berdasarkan pencapaian kelas peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut:-

Kelas/Gred Pencapaian Status/Bayaran Balik

i. Pertama - 100% biasiswa

(CGPA 3.67 - 4.00)

ii. Dua Atas - 50% pinjaman ditukar biasiswa

(CGPA 3.00 - 3.66)

iii. Dua Bawah - 25% pinjaman ditukar biasiswa

(CGPA 2.50 - 2.99)

iv. Tiga - 100% pinjaman

(CGPA 2.00 - 2.49)

v. Gagal - 100% pinjaman

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN TPPU

•  Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Anak-anak Anggota, Anggota, dan kakitangan koperasi UNIKEB
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun
    Anak-anak anggota, anak kakitangan koperasi UNIKEB
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun
    Anggota Koperasi UNIKEB Berhad

•  Kelayakan Akademik

Calon-calon perlu mempunyai kelayakan akademik seperti berikut:-

  • Calon-calon berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya mendapat kepujian dalam lima (5) matapelajaran termasuk Bahasa Melayu.
  • Calon-calon berkelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) perlu mendapat kepujian (JAID) atau setaraf dengannya.
  • Calon-calon berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf dengannya perlu mendapat sekurang-kurangnya 3 Prinsipal.
  • Calon-calon berkelulusan Diploma atau Matrikulasi perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.0.

•  Bidang Pengajian

Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian yang ditawarkan oleh IPTA.

•  Syarat dan Peraturan Umum

  • Calon-calon mestilah tidak terikat atau sedang menerima pinjaman atau bantuan kewangan dari mana-mana badan-badan lain.
  • Mendapat tempat mengikuti kursus-kursus di peringkat Diploma atau Sarjana Muda yang ditawarkan oleh IPTA dalam negeri.
  • Kontrak pinjaman akan ditandatangani oleh pemohon bagi memastikan pengajiannya tamat pada masa yang ditetapkan. Sekiranya pelajar tersebut gagal menamatkan kursus yang diikuti bukan disebabkan masalah kesihatan, pelajar tersebut dikehendaki membayar balik jumlah keseluruhan pinjaman dalam jangka masa pendek yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa TPPU.
  • Pembiayaan pengajian tersebut akan dibayar terus kepada pihak universiti bagi menguruskannya.
  • Keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar yang giat dan aktif di dalam gerakan koperasi sekolah dan yang memegang jawatan Anggota Lembaga.
  • Segala jenis perbelanjaan yang ditetapkan oleh UNIKEB telah dijelaskan.
  • Wang pinjaman pendidikan yang diluluskan tidak digunakan selain daripada maksud ianya diluluskan.
  • Jika pemohon gagal meneruskan pengajian sebelum tempohnya hendaklah membayar sekaligus kesemua baki pinjaman.
  • Hendaklah memberitahu UNIKEB secara bertulis bantuan kewangan lain yang diberikan kepadanya oleh sesiapa yang selain daripada UNIKEB dalam tempoh pengajian.
  • Peminjam dengan surat pembatalan perjanjian pinjaman atau pemberian apa-apa bantuan kewangan kepada UNIKEB sebelum mengesahkan penerimaan tawaran pinjaman pendidikan TPPU.
  • Dikehendaki mengemukakan kepada UNIKEB sesalinan keputusan peperiksaan yang diduduki dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh keputusan diistiharkan.
  • UNIKEB berhak mengikut budibicaranya yang mutlak, mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai termasuk tindakan mahkamah untuk mendapat kembali semua pinjaman pendidikan dan apa-apa kerugian, kos dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh UNIKEB.
  • Peminjam hendaklah memberikan kebenaran kepada UNIKEB untuk menghubungi bank-bank, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mendapatkan maklumat peminjam dan penjamin.
  • Peminjam dikehendaki mematuhi semua peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh Institusi Pengajian Tinggi berkaitan dan berkelakuan baik.
  • Peminjam tidak dibenarkan bertukar kursus seperti yang ditetapkan di dalam surat tawaran ini tanpa kebenaran bertulis daripada UNIKEB.
  • Peminjam dan penjamin hendaklah setiap satunya mempunyai pengakuan bersumpah (Statutory Declaration) untuk membuktikan bahawa peminjam dan penjamin tidak bankrap pada tarikh perjanjian.
  • Membenarkan UNIKEB membuat potongan daripada pinjaman pendidikan bagi tujuan memungut balik semua kos, atau perbelanjaan (termasuk kos guaman atas dasar peminjam dan peguamcara dan premium insurans, jika berkenaan) atau apa-apa jumlah yang lain yang ditanggung oleh UNIKEB untuk memproses, mentadbir, menyempurnakan dan/atau menguatkuasakan Perjanjian sama ada sebelum dan selepas prosiding di Mahkamah, walaupun perkara ini tidak sampai ke mahkamah.
  • UNIKEB berhak menarik balik kemudahan pinjaman ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab sungguh pun perkara ini tidak timbul.

PROSES PERMOHONAN BORANG TPPU

Semua dokumen termasuk Perjanjian yang disertakan bersama tawaran ini dan apa-apa lagi dokumen yang dikehendaki oleh UNIKEB hendaklah dikembalikan dalam tempoh 3 minggu dari tarikh surat tawaran ini kerana bayaran hanya akan diproses setelah semua dokumen disempurnakan. Segala bayaran guaman dan perbelanjaan hendaklah ditanggung oleh peminjam. Sekiranya UNIKEB terpaksa mengambil tindakan terhadap peminjam dan/atau penjamin di bawah perjanjian ini semua kos dan perbelanjaan yang dibuat oleh UNIKEB dengan ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh peminjam dan/atau penjamin.

UNIKEB tidak mengenakan sebarang faedah untuk tempoh pinjaman pendidikan dan bayaran balik kecuali jika dituntut melalui proses Mahkamah.

Peminjam dikehendaki menandatangani kesemua dokumen pembiayaan yang berkaitan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan TPPU. Segala bayaran guaman dan perbelanjaan yang bersangkutan dengan urusan ini adalah di atas tanggungan peminjam walaupun peminjam memutuskan untuk tidak meneruskan urusan dokumentasi ini. Jika tiada maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, maka tawaran ini dianggap batal.

CARA PERMOHONAN

•  Borang permohonan dan lain-lain keterangan lanjut boleh didapati dari:


Pejabat Pentadbiran
Koperasi UNIKEB Berhad,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Aras 3, Wisma UNIKEB
43600 Bangi, Selangor

•  Maklumat lanjut, sila hubungi

Tel: 03-89252540 atau

E-Mail: info@unikeb.ukm.my

<KEMBALI>

 

>>>>>>>>>>>>>>

C.3. KUMPULAN WANG KHAIRAT KEMATIAN UNIKEB

  • Seseorang anggota Koperasi UNIKEB layak menerima wang khairat kematian sekiranya ia kematian berlaku kepada beliau , suami atau isteri dan anak.
  • Kematian Anggota UNIKEB sumbangan RM 300.00
  • Suami atau Isteri kepada anggota UNIKEB sumbangan RM 200.00
    di mana suami atau isteri yang meninggal itu bukan anggota.
  • Anak Anggota sumbangan RM 100.00.

<KEMBALI>

>>>>>>>>>>>>>>

 

Paparan di bawah menggunakan aplikasi Java. Sekiranya paparan berita di bawah tidak kelihatan, sila klik di sini untuk ke Laman Berita Terkini

Koperasi UNIKEB Berhad adalah agen yang sah kepada syarikat insuran dan takaful kenderaan berikut :



Sila dapatkan insuran kenderaan anda secara tunai atau potongan gaji. Anggota UNIKEB yang membeli secara tunai akan menerima diskaun tunai 5%

--------------

Koperasi UNIKEB Berhad juga merupakan agen jualan tiket secara online untuk perkhidmatan berikut:


Tiket Kapal Terbang AirAsia


Tiket Bas Transnasional

Sila hubungi wakil kami di UNIKEBTrading untuk keterangan lanjut.
03-8921 4039/4022

Hakcipta Terpelihara UNIKEB © 2006