SILA KLIK DI SINI
Kelebihan Menjadi Anggota UNIKEB


KOPERASI UNIKEB BERHAD diasaskan daripada sebuah syarikat jimat cermat & pinjam-meminjam yang ditubuhkan pada permulaannya dengan nama Syarikat Kerjasama Tenaga UNIKEB Berhad pada 14hb September 1973 dengan nombor pendaftaran syarikat 4877. Pada tahun 1978, status syarikat kerjasama telah ditukarkan kepada koperasi serbaguna dengan nama barunya KOPERASI UNIKEB BERHAD yang kekal sehingga kini.



Pada peringkat permulaannya keanggotaan UNIKEB kurang mendapat sokongan daripada kakitangan UKM yang hanya dianggotai oleh seramai 105 orang ahli sahaja. Namun begitu, dengan berkat kesabaran dan ketekunan anggota-anggotanya untuk memajukan UNIKEB, sehingga kini keanggotaan UNIKEB telah menjangkau kepada 3000 orang anggota aktif yang terdiri daripada kakitangan tetap Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kampus Kuala Lumpur (KKL) dan kakitangan UKM Holding serta kakitangan UNIKEB sendiri.



UNIKEB kini mampu berdiri megah bersama koperasi-koperasi lain kerana telah mempunyai bangunannya sendiri, WISMA UNIKEB yang menjadi mercu tanda ke atas kejayaan dan kecemerlangan aktiviti koperasi yang dilaksanakan. Wisma UNIKEB juga melambangkan kekuatan sokongan yang diberikan oleh anggota-anggotanya dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada anggota, warga UKM dan masyarakat setempat.

Selamat melayari Laman Web UNIKEB dan terima kasih di atas kunjungan anda ke sini.

Free Hit Counter Code

 

Paparan di bawah menggunakan aplikasi Java. Sekiranya paparan berita di bawah tidak kelihatan, sila klik di sini untuk ke Laman Berita Terkini

Koperasi UNIKEB Berhad adalah agen yang sah kepada syarikat insuran dan takaful kenderaan berikut :



Sila dapatkan insuran kenderaan anda secara tunai atau potongan gaji. Anggota UNIKEB yang membeli secara tunai akan menerima diskaun tunai 5%

--------------

Koperasi UNIKEB Berhad juga merupakan agen jualan tiket secara online untuk perkhidmatan berikut:


Tiket Kapal Terbang AirAsia


Tiket Bas Transnasional

Sila hubungi wakil kami di UNIKEBTrading untuk keterangan lanjut.
03-8921 4039/4022

Hakcipta Terpelihara UNIKEB © 2006